|
Korang pernah tak buat community service, atau dalam bahasa melayunyer khidmat komuniti? Aku dulu pernah ar buat, masa tu untuk kumpul duit nak pergi china. Macam2 kerja la jugak kitorang kene buat, potong rumput, bersih kolam and such. Sabtu lepas, masa aku dan intan tengah lepak2 kat rumah abang aku kat Putrajaya, datang sekumpulan budak2 pengakap nak buat community service. Huhuhu!! Pada asalnyer aku tak tau nak bagi diorang kerja apa, last2 teringat kereta aku yang dah berapa bulan tak berbasuh, apa lagi haha, suruh diorang basuh kereta la. Tapi yang kelakarnyer diorang ni sumer budak2 lagi, setakat pintu kereta tu boleh la diorang nak basuh, tapi bab bumbung tu kelako, sumer tak sampai. dah habis basuh aku check kat bumbung kotor lagi. hahaha!!! Kesian jugak diorang kene buli, tapi kira ok la tu basuh keter, basuh luar je, bukannyer sumer. Tayar tak basuh, dalam tak payah basuh, bumbung pun takyah basuh. Hahahaha! Kalau aku anto kedai complete basuh sumer baru 6-7 ringgit, ni suruh diorang basuh aku bagi RM10. Kira takde la kejam aku ni kan? Lagipun diorang yang offer. HUHU!! ![]() Gambo diorang tengah mengerjakan kereta aku sambil diawasi oleh anak2 sedara aku. :p |
| Leave a Comment: |